11 Tips Kenaikan Gaji

Sewaktu temuduga

1. Pastikan anda jadi calon pilihan pertama

Pasarkan diri kepada majikan sehingga anda menjadi calon pilihan pertama. Apabila anda berada pada kedudukan itu, lebih mudah untuk minta gaji yang anda mahu.

Sebagai calon pilihan pertama, anda berada pada kedudukan cukup strategik untuk meminta apa yang anda mahu.

Elakkan berbincang mengenai gaji sehinggalah anda pasti dia mahukan anda, kecuali jika ditanya.

2. Tawarkan apa yang anda boleh beri kepada majikan

Pastikan anda betul-betul faham keperluan majikan. Berikan tawaran bagaimanakah anda boleh memenuhi keperluan itu.

Sebagai contoh, anda boleh katakan, “Sekiranya syarikat setuju menawarkan gaji RM8,000 sebulan, saya akan pastikan syarikat mendapat sekian, sekian (senaraikan apa yang anda tawarkan).”

Dengan cara ini, majikan tahu apa yang mereka akan dapat sekiranya bersetuju dengan permintaan anda.

Usah fikir apa yang anda nak dapat saja, fikirkan juga apakah yang majikan akan dapat.

3. Buat deal KPI dengan majikan

Sekiranya majikan mengatakan mereka mahu anda menjalani tempoh percubaan dulu sebelum menimbangkan gaji lebih tinggi, buat deal.

Cadangkan KPI kepada mereka. Sekiranya anda capai KPI tersebut, anda mahukan kenaikan gaji 20% daripada yang majikan tawarkan pada akhir tempoh percubaan.

Sekiranya majikan bersetuju, minta letakkan dalam perjanjian pekerjaan (offer letter). Anda boleh buat deal ini sekiranya anda tahu apa yang syarikat mahukan.

Majikan suka dengan calon yang yakin dengan kebolehan sendiri.

4. Bandingkan kerja dulu dan kerja sekarang

Sebahagian majikan keberatan menimbangkan gaji lebih besar berbanding gaji anda sebelum ini. Sebab itulah mereka minta slip gaji. Ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan dalam situasi ini.

Pertama, bandingkan skop kerja di syarikat lama dan di syarikat baru. Sekiranya skop baru lebih besar dan mencabar, maka gunakan itu sebagai alasan meminta gaji lebih tinggi.

Kedua, anda boleh nyatakan gaji staf di syarikat lama di bawah gaji sebenar (underpaid) disebabkan industri atau ukuran syarikat tersebut (contoh: bisnes mikro, atau syarikat permulaan).

Ketiga, kerja di syarikat baru melibatkan perubahan pangkat (contoh: kerja dulu pegawai, kerja sekarang penolong pengurus), maka peningkatan tanggungjawab juga merupakan sebab terbaik berunding gaji lebih tinggi.

Setelah bekerja

5. Tunjukkan prestasi sebelum minta kenaikan gaji

Masa yang terbaik untuk berbincang soal gaji ialah sewaktu performance review. Pastikan anda bersedia dengan angka-angka prestasi, terutama sekali pencapaian KPI.

Bandingkan pencapaian tahun lalu dengan pencapaian semasa.

Usah cakap di awang-awangan seperti “dulu saya buat kerja sikit, sekarang saya buat kerja banyak.” Nyatakan secara spesifik. Berikan angka. Kongsi jumlah atau peratus peningkatan.

Sekiranya peningkatan besar, maka itu juga merupakan asas meminta kenaikan gaji.

6. Minta kenaikan gaji selepas tamat projek besar

Sekiranya anda berikan sumbangan besar kepada sesuatu projek, masa terbaik untuk minta kenaikan gaji ialah apabila projek itu tamat. Dengan cara itu, anda boleh senaraikan sumbangan anda untuk pertimbangan majikan (terutama sewaktu mereka berada dalam mood baik selepas projek berjaya).

7. Dapatkan timeframe kenaikan gaji

Ada masa majikan kata mereka tidak buat kenaikan gaji sepanjang tahun. Di sesetengah syarikat, kenaikan gaji hanya dibuat pada awal tahun. Sekiranya begitu, tanya kepada majikan bilakah masa mereka akan menimbangkan kenaikan gaji. Pastikan anda follow-up apabila sampai masa.

8. Usah bandingkan dengan staf lain

Anda mungkin tahu staf lain yang sama jawatan dengan anda dapat gaji tinggi. Dalam perundingan gaji (terutama di syarikat swasta), elakkan buat perbandingan itu.

Nilai staf itu di mata majikan tak sama dengan nilai anda. Mungkin ada tanggungjawab tertentu yang membuatkan majikan berikan dia gaji lebih.

Sebagai staf, anda bukan tahu semua yang majikan tahu.

Apa yang anda perlu buat ialah fokus kepada sumbangan anda. Yakinkan majikan bahawa sumbangan anda besar dan ia melayakkan anda mendapat gaji lebih tinggi.

Sekiranya majikan lihat sumbangan anda itu sama dengan staf lain, sebahagian besar majikan bersedia merombak gaji anda sekarang.

9. Mulakan dengan lisan, follow-up dengan tulisan

Untuk mengelakkan anda kecewa permohonan ditolak, mulakan dengan lisan. Sebagai contoh, tanya majikan adakah boleh anda sediakan memo memohon kenaikan gaji. Sekiranya mereka jawab “ya,” maka cepat-cepat buatkan memo.

Dengan cara itu juga, majikan sudah bersedia apabila anda berikan nota bertulis. Jadi, mereka tak terperanjat.

Saya sarankan semua permohonan kenaikan gaji dibuat secara bertulis. Dengan cara ini, lebih mudah merekodkan pencapaian dan sumbangan anda kepada syarikat.

10. Usah ugut letak jawatan

Elakkan letak jawatan untuk mengugut majikan. Majikan mungkin akan naikkan gaji anda sekiranya mereka terdesak.

Namun, mereka juga tahu anda boleh dibeli dengan harga murah beberapa ratus ringgit saja.

Sekiranya anda mahu berunding untuk kenaikan gaji, lakukan secara profesional (seperti yang disebutkan di atas).

Sekiranya anda mahu berpindah ke tempat baru disebabkan gaji sekarang rendah, usah toleh ke belakang lagi walaupun diberikan counter-offer.

11. Nyatakan inisiatif anda meningkatkan prestasi kerja

Buktikan kepada majikan anda bukanlah seperti pahat dan pemukul. Anda tak perlu disuruh untuk ambil inisiatif tingkatkan skil dan prestasi kerja.

Sebagai contoh, anda sambung belajar menggunakan masa dan wang sendiri. Anda boleh sambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda atau sarjana.

Atau, anda juga boleh mengambil kursus-kursus jangka pendek atas talian yang boleh meningkatkan prestasi kerja. Antara kursus atas talian yang anda boleh ambil ialah:

Untuk mengambil kursus-kursus ini, sila lawati Skorlah Online (www.skorlah.online).

Ketiga-tiga kursus ini dalam Bahasa Malaysia. Yuran satu kursus ialah RM30 saja. Di akhir kursus, peserta mendapat “Certificate of Completion.” Sijil ini boleh digunakan untuk menunjukkan usaha anda kepada majikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s