Cara Pitching Sewaktu Perkenalkan Diri

Hampir setiap temuduga bermula dengan, “Tell me about yourself” atau “Perkenalkan diri anda.”

Kenapa?

1. Inilah cara klise dan paling mudah memulakan perbualan dengan orang yang tak dikenali.

2. Cara paling cepat penemuduga menilai sama ada seseorang calon itu “menarik” atau tidak. Sekiranya calon beri jawapan hambar, penemuduga jadi “kurang bersemangat” untuk tanya soalan-soalan seterusnya.

3. Penemuduga boleh gunakan jawapan yang calon berikan untuk bertanya soalan seterusnya dengan menggunakan “keyword” jawapan tersebut.

Gunakan soalan ini untuk melakukan “pitching” diri anda.

Cuma, sebelum saya berikan tips seterusnya, dengar betul-betul soalan yang dikemukakan.

Sekiranya penemuduga tanya, “Ceritakan sedikit latarbelakang keluarga,” maka kongsilah latarbelakang keluarga secara ringkas.

Sebahagian calon jawab soalan, “Tell me about yourself,” dengan bercerita mengenai keluarga. Tak salah. Cuma sikit-sikit. Ini sesi temuduga, bukan sesi nak cari menantu!

Gunakan peluang ini untuk melakukan pitching dan jadikan penemuduga ada banyak soalan susulan untuk anda.

Cuba lihat jawapan ini.

Jawapan 1: “Saya dilahirkan di Kuala Lumpur. Ayah dan emak saya bekerja sebagai pegawai kerajaan. Saya ada tiga orang adik-beradik. Kakak saya sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak-anak.”

Jawapan 2: “Saya mempunyai tiga tahun pengalaman dalam bidang teknologi makanan. Saya kini bekerja di Nestle selepas tamat pengajian dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia. Dalam tempoh itu, saya berpengalaman menguruskan persijilan HACCP, GMP, Halal dan MESTI.”

Jawapan manakah yang lebih menarik perhatian penemuduga? Jawapan kedua.

Dalam menjawab soalan “Tell me about yourself,” fokus kepada dua perkara.

Pertama, perkenalkan pendidikan, pengalaman dan skil.

Kedua, nyatakan kenapakah anda berminat dengan jawatan itu. Kenapakah anda sesuai dengan jawatan yang dipohon.

Contoh jawapan yang anda boleh berikan:

“Saya mempunyai tiga tahun pengalaman dalam bidang teknologi makanan. Saya kini bekerja di Nestle selepas tamat pengajian dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia.

Saya berminat dengan jawatan yang diiklankan ini kerana tertarik dengan syarikat tuan yang agresif membangunkan produk-produk berasaskan tumbuhan (plant-based products).

Dengan pengalaman dalam pembangunan produk ditambah dengan skil pengurusan persijilan HACCP, GMP dan Halal, saya dapat bersama-sama pihak tuan mengembangkan produk-produk ni ke negara-negara Asean yang kini menjadi tumpuan bisnes tuan.”

Jawapan ini memberikan gambaran kepada penemuduga anda tahu kekuatan anda, anda tahu apakah yang syarikat mahu, dan anda tahu peranan anda sekiranya anda diambil bekerja di situ nanti.

Jika beginilah jawapan anda, maka penemuduga boleh tanya soalan-soalan lanjutan:

1. Apakah skop dan pencapaian anda sewaktu bertugas di Nestle? (Penemuduga suka dengar nama syarikat besar dan ternama).

2. Apakah trend terkini dalam industri makanan berasaskan tumbuhan?

3. Apakah peranan anda dalam pengurusan HACCP, GMP dan Halal?

4. Berdasarkan pemerhatian anda, negara-negara Asean yang manakah patut kita beri tumpuan pasaran produk berasaskan tumbuhan?

5. Apakah produk-produk berasaskan tumbuhan yang kita boleh bangunkan untuk pasaran dalam negara ini?

Nampak tak?

Jika anda berikan jawapan yang baik, anda akan dapat soalan susulan yang baik.

Sekiranya itulah soalan susulan yang anda dapat, itu tanda penemuduga berminat mengenali anda lebih lanjut.

Jika penemuduga bertanya ikut skrip saja (sesetengah penemuduga ada senarai soalan yang mesti ditanya), sesi itu jadi hambar dan bosan.

Usah pandang remeh soalan pertama.

Soalan itulah yang bakal menentukan sama ada temuduga itu menjadi “hidup” dan “menarik.”

Gunakan peluang ini sebaik-baiknya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s