Cara Atasi Jurang Pekerjaan

Adakah resume anda ada jurang pekerjaan?

Jurang pekerjaan atau “employment gaps” bermaksud ada tempoh masa antara pekerjaan di mana anda tidak bekerja.

Sekiranya tempoh masa itu kurang dari enam bulan, sebahagian besar majikan tidak ada masalah. Bagaimanapun jika ia lebih dari tempoh itu, majikan nak tahu.

Sekiranya resume anda ada jurang pekerjaan itu bukan bermaksud permohonan anda akan ditolak mentah-mentah. Cuma, majikan nak tahu kenapakah ada jurang itu.

Sekiranya tidak diterangkan dengan betul, mereka mungkin menganggap anda dibuang kerja (mungkin masalah prestasi atau disiplin) dan gagal dapat kerja baru.

Atau, anda mengamuk kerana panas baran, lari dari tempat kerja, dan susah nak cari majikan baru.

Malah, dalam kes lebih teruk, majikan mungkin berfikir anda dipenjarakan atau berada dalam pusat pemulihan dadah.

Bagaimanakah cara menerangkan kepada majikan mengenai jurang pekerjaan ini?

Pertama, usah cuba menipu

Majikan akan berkerut dahi jika lihat senarai pekerjaan anda hanya ada tahun bekerja saja, terutama sekali pekerjaan baru.

Contoh: Eksekutif Pentadbiran (2016-2018)

Senarai pekerjaan dalam resume patut ada tarikh mula dan akhir bekerja. Jika tidak dapat letakkan tarikh tepat, boleh letakkan dari bulan sehingga ke bulan.

Sekiranya anda letak tahun, majikan akan anggap anda mahu menipu mengenai jurang pekerjaan. Majikan mungkin tak panggil temuduga. Dan, jika dipanggil temuduga, mereka akan tanya banyak soalan mengenai hal itu.

Kedua, terangkan

Sekiranya ada satu tahun anda tidak bekerja, terangkan. Sekiranya anda sendiri mengambil “career break,” maka jelaskan apakah yang anda lakukan sewaktu “career break itu.”

Ada orang mengambil “career break” untuk melancong di seluruh dunia atau melanjutkan pengajian. Ada yang mengambil “career break” untuk mendidik anak-anak yang kecil. Kalau begitu, terangkan.

Contoh: Mac 2018-April 2019 – Mengambil “career break” untuk mendidik anak-anak yang kecil.

Anda boleh terangkan jurang ini dalam resume atau dalam cover letter.

Nah, cabarannya ialah jika jurang itu berlaku disebabkan dibuang kerja atau lari kerja tanpa beri notis.

Jika ini berlaku, senaraikan tempoh bekerja seperti biasa. Bagaimanapun, nyatakan apakah yang anda lakukan di sepanjang tempoh itu.

Contoh: Freelance Writer (March 2018-April 2019).

Sekiranya dipanggil temuduga dan majikan bertanya, jawab “tamat kontrak.” Bagaimanapun jika ditanya lebih terperinci, berlaku jujur saja.

Nyatakan sebab sebenar anda berhenti, bahawa anda kesal dengan apa yang berlaku. Beritahu juga bahawa anda telah belajar dari peristiwa tersebut dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi.

Sebahagian besar majikan sedia memberikan peluang kedua jika calon mempunyai skil dan pengalaman yang diperlukan. Usah bimbang untuk berlaku jujur.

Ketiga, pastikan tidak ada jurang pekerjaan

Bak kata orang, “prevention is better than cure.” Sebelum berhenti kerja, fikir masak-masak. Usah ikut panas baran dan letak jawatan ketika marah.

Walau bagaimana sekali pun anda menyampah dengan majikan sekarang, kawal perasaan. Cuba pohon pekerjaan lain. Apabila dapat, barulah letak jawatan.

Ada sesetengah orang mudah dapat pekerjaan. Ada juga yang susah nak dapat pekerjaan baru. Elakkan ambil risiko tak perlu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s