10 Tips Pemasaran Produk

1. Duta terbaik produk ialah pengguna. 78% percaya cakap kawan mereka. Pastikan pengguna cakap yang baik-baik mengenai produk kita. Sekiranya ada masalah dengan pengguna, selesaikan cepat-cepat.

2. Orang suka beli kalau mereka tahu harga penuh awal-awal. Elakkan “sembunyikan” harga. Cakap terus-terang. Pengguna tak suka “terkejut” dengan caj tambahan.

42% pengguna tinggalkan pembelian online kerana tak gembira dengan tambahan caj penghantaran.

3. Usah berbalah dengan pengguna. Kalau mereka tak puas hati, pulangkan balik wang. Usah “galakkan” pengguna bercakap buruk mengenai bisnes kita.

4. Pengguna suka diskaun. Setiap tahun Amazon menjual US$3.4 bilion dalam tempoh 36 jam Prime Day disebabkan mereka tawarkan diskaun besar-besaran untuk 1 juta produk.

5. Mood membeli meningkat sewaktu musim cuti. 70% jualan di pasaraya berlaku sewaktu musim cuti. Adakan promosi musim cuti. Atau sewaktu Hari Ibu, Hari Guru atau Hari Jururawat.

6. Pengguna nak cepat. Apabila jual online, nyatakan berapa lama mereka akan dapat produk itu. Ini cara kita uruskan harapan (expectation) pengguna. Di Amazon, pengguna dapat produk dalam satu atau dua hari.

7. Berita buruk tersebar lebih cepat dari berita baik.

Kalau tak suka dengan sikap pelanggan, usah merungut, perli atau cakap buruk mengenai mereka (walaupun tanpa sebut nama) di media sosial. Berita ini akan sampai kepada mereka dengan cepat.

8. Usah validate idea bisnes di Facebook. Ramai yang sokong mati-matian di media sosial mungkin tak beli pun apabila kita lancarkan produk nanti. Mereka like atau komen nak seronokkan hati kita (dan hati mereka).

9. Orang suka beli kalau ada gabungan “profit” dan “purpose.” Sentiasa menyumbang kepada kerja-kerja kebajikan yang pengguna suka. Warren Buffet umum sumbangan US$3.4 bilion kepada kerja-kerja kebajikan semalam.

10. Pengguna suka nak tahu latarbelakang dan sejarah produk. Tulis secara “passionate” tradisi dan asal-usul di bungkusan produk. Pengguna seronok apabila mereka tahu cerita di sebalik bisnes dan produk yang mereka beli.

Sebahagian besar kejayaan bisnes dan kerjaya ditentukan oleh penguasaan skil “Hubungan Perorangan dan Sesama Manusia.” Sekiranya anda mahu belajar dan kuasai skil ini, sertai kursus online dalam Bahasa Malaysia. Yuran RM30. Ada “Certificate of Completion.” Klik di sini untuk maklumat lanjut dan mendaftar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s