10 Tips Perundingan Untuk Usahawan

1. Semua perkara boleh dirundingi, kecuali mati. Sekiranya anda tak puas hati dengan sesuatu perkara, berunding.

2. Walau apa pun yang kita rasa, sentiasa senyum sewaktu berunding. Orang yang sentiasa senyum kelihatan lebih yakin dengan tawarannya. Bagaimanapun usah banyak ketawa palsu (kah! kah! kah!) Orang yang terlalu banyak ketawa dilihat tidak serius dan tidak ikhlas.

3. Usah buat ayat-ayat sentap sewaktu berunding. Contoh ayat sentap, ”Terima kasihlah kerana tak mahu membantu saya. Semoga Allah swt membalas jasa baik tuan itu.” Aduhai, syahdu sangat!

4. Gunakan ayat-ayat yang menunjukkan manfaat kepada pendengar; kurangkan bercakap manfaat kepada kita. Contoh, ”Sekiranya tuan terima cadangan saya ini, bisnes tuan boleh mula menerokai wilayah baru dalam tempoh tak sampai tiga bulan.”

5. Sekiranya anda tak jelas, tanya. Usah buat tanggapan negatif. Pendengar yang baik banyak bertanya.

6. Usah tinggikan suara.

Apabila anda tinggikan suara, anda hilang kawalan. Dalam perundingan, EQ sama penting dengan IQ, kalau pun tidak lebih penting.

7. Buat keputusan. Sekiranya anda tak setuju, nyatakan tak setuju. Sama ada dia nak sentap atau tidak, itu bukan masalah kita. Usah lari dari buat keputusan dengan tak jawab WhatsApp atau tak jawab panggilan telefon.

8. Sedia untuk bertolak-ansur.

Elok rugi sekarung, untung seguni. Ada perkara kita tak dapat untung sekarang, tetapi bermanfaat dalam jangka panjang.

9. Usah lihat keuntungan kewangan semata-mata. Pertimbangkan juga manfaat bukan kewangan apabila kita nak buat keputusan.

10. Berani mengatakan ”tidak.” Sekiranya anda merasakan ia tidak memberikan apa-apa manfaat lagi, berhenti berunding. Angkat kaki.

Sekiranya anda mahu memantapkan skil bisnes dan kerjaya, sertai kursus online “Penyelesaian Konflik.” Kursus ini dalam Bahasa Malaysia dan boleh diselesaikan dalam masa 3-4 jam sahaja. Yuran RM30 dan anda dapat “Certificate of Completion” pada akhir kursus. Klik di sini untuk mendaftar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s