Cara Betul Melayani Staf

Sekiranya anda ambil staf bekerja di syarikat anda, buat 10 perkara ini:

1. Keluarkan surat tawaran kerja. Buat kontrak pekerjaan. Usah tawar kerja guna WhatsApp saja. Buatlah bisnes dengan cara profesional.

2. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 hari untuk staf lapor diri. Dengan cara itu mereka boleh letak jawatan di tempat lama dengan baik. Usah tunjukkan kita terdesak sangat dengan minta staf baru lapor diri 24 jam.

3. Usah ikat staf dengan perjanjian bukan-bukan. Untuk staf yang baru graduate atau junior staff, cukup minta sebulan notis untuk berhenti. Untuk staf pengurusan dan kanan, boleh letakkan tempoh notis tiga bulan sekiranya perlu. Begitu juga, tak perlulah buat “non-competing agreement” kecuali bagi jawatan kritikal.

4. Buat bayaran EPF/SOCSO staf. Ini masa depan mereka. Itulah wang persaraan staf kita nanti. Usah makan duit haram dengan songlap EPF staf yang kita telah potong.

5. Buat bayaran gaji sebelum hujung bulan agar mereka boleh bayar sewa rumah dan lain-lain dengan mudah. Apabila kita bayar gaji lambat, mereka terpaksa bayar penalti lambat bayar bil. Sudahlah gaji kecil, kena pula bayar penalti.

6. Setiap tahun buat performance review. Maklumkan kelemahan dan kelebihan staf. Sekiranya sesuai, naikkan gaji mereka. Kalau tak mampu banyak, sedikit pun tak mengapa.

7. Sekiranya staf nak berhenti, usah ambil hati sangat. Terimalah hakikat bahawa apabila syarikat kita kecil, kita tak mampu nak beri semua yang staf nak. Biasalah staf keluar/masuk syarikat kecil.

8. Apabila staf hantar surat resignation, balas dan ucapkan terima kasih. Sama ada kita balas atau tidak, sekiranya mereka beri notis ikut tempoh dan memenuhi terma perjanjian, notis itu sah.

9. Sekiranya staf resign dengan baik dan kemudian pohon balik kerja, pertimbangkan macam biasa. Sekiranya sesuai, ambil balik. Usah nak sakit hati dan dendam tak tentu pasal.

10. Apabila staf buat hal dan ada masalah disiplin, buat siasatan dalaman. Berikan staf peluang bela diri. Bukan buang kerja ikut suka hati.

Walaupun syarikat kita kecil, hati kita sebagai majikan mesti besar!

Belajar menjalin “Hubungan Perorangan dan Sesama Manusia” yang baik. Ikuti kursus online dalam Bahasa Malaysia ini. Yuran RM30 dan setiap peserta dapat “Certificate of Completion.” Klik di sini untuk maklumat lanjut dan mendaftar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s