Anda Nak Dapatkan Referral Kerja?

Sewaktu saya bergegas untuk hadir mesyuarat, ada panggilan telefon masuk. Saya tidak kenal nombor itu. Nak jawab, tak nak jawab. Nak jawab, tak jawab.

Akhirnya saya menjawab panggilan tersebut. Bimbang itu panggilan kecemasan.

Suara lelaki. Dia memperkenalkan dirinya sebagai CEO di sebuah agensi pekerjaan. Katanya, ada orang mencadangkan nama saya untuk satu jawatan kosong di sebuah organisasi.

Saya tanya, siapakah yang mencadangkan nama saya. Dia enggan menjawab sambil berkata, “Dia mencadangkan saya bercakap dengan tuan sebelum saya mencari calon-calon lain.”

Selepas berbual seketika, akhirnya saya setuju bertemu beliau untuk minum petang di sebuah hotel di Petaling Jaya. Di situlah beliau memberitahu nama orang yang mencadangkan nama saya kepada beliau.

Saya tak kenal sangat nama tersebut. Mungkin kami pernah berjumpa dalam mana-mana seminar, tetapi saya betul-betul tak ingat.

Bagaimanapun, menurut beliau, orang itu memberitahu dia banyak membaca tulisan saya di blog (ketika itu media sosial belum berkembang seperti sekarang) dan menonton wawancara saya di Astro Awani, TV3 dan RTM. Katanya lagi, orang tersebut juga membaca komentar saya di Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Selepas berbual selama lebih satu jam, dia kata dia mahu mencadangkan nama saya untuk ditemuduga bagi jawatan kanan di organisasi yang diberitahu kepada saya terdahulu. Dia minta saya hantar resume kepada beliau.

Seminggu selepas itu, saya ditemuduga oleh CEO dan beberapa orang pengarah organisasi berkenaan. Alhamdulillah, beberapa hari kemudian saya ditawarkan pekerjaan di situ.

Nah, ini adalah contoh bagaimana seseorang melakukan recommendation atau referral untuk jawatan kosong.

Adakah saya gunakan kabel? Tak.

Anda juga boleh mendapatkan pekerjaan melalui recommendation atau referral. Malah, sekitar lapan dari 10 kerja kosong diisi dengan cara ini. Jawatan ini tak diiklankan dalam akhbar, portal mencari pekerjaan atau website syarikat.

Hari ini lebih mudah untuk menjadi “visible” atau “kelihatan” kepada bakal majikan, staf atau kawan-kawan. Gunakan media sosial untuk buat penjenamaan diri dan pasarkan diri kepada mereka. Ada strategi dan cara yang betul.

Untuk membantu anda, saya bangunkan kursus online “Penjenamaan Peribadi dan Pemasaran Diri” atau “Personal Branding and Marketing.” Kursus ini memakan masa antara 3-4 jam, dalam Bahasa Malaysia, dan boleh diikuti pada bila-bila masa.

Anda boleh download nota ringkas, menonton tiga (3) video kuliah, membaca artikel tambahan (saya berikan link) dan membuat tugasan. Di akhir kursus, anda boleh download “Certificate of Completion.” Yuran: RM30 sahaja.

Melalui kursus ini, anda belajar bagaimana membina jaringan atau networking, membuat “brand positioning,” dan membuat “elevator pitching.” Selain itu, anda juga belajar cara menggunakan media sosial dengan betul untuk membina jenama.

Sekiranya berminat, sila klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

Oh ya, anda mungkin bertanya apakah perbezaan membangunkan jenama peribadi dan menggunakan kabel. Recommendation melalui kabel dibuat diatas faktor hubungan peribadi melebihi kelayakan. Contoh, seseorang membuat recommendation anak saudaranya.

Sementara recommendation atau referral yang dibuat melalui jaringan yang lahir dari pemasaran diri dilakukan atas faktor kelayakan. Walaupun dia tak kenal secara peribadi calon yang dicadangkan itu. Contoh: apabila ada orang yang recommend nama saya seperti kisah di atas.

Ambil kursus ini, insya-Allah, anda akan lebih faham apakah yang saya maksudkan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s