About

Entrepreneur. Market Explorer. Founder @SkorlahOnline.

Norizan Bin Sharif atau NOBISHA dibesarkan dalam sebuah keluarga miskin. Beliau memulakan sebuah kehidupan yang cukup daif.

Ayahnya seorang buruh. Arwah ibunya seorang suri rumah. Beliau memulakan pengajian di sekolah rendah dan menengah di kampungnya.

Kemudian melanjutkan pendidikan di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, seterusnya ke University of North Carolina at Charlotte.

Setelah bekerja dalam sektor swasta dan awam selama 28 tahun, dia membangunkan bisnes kecil di Malaysia dan di Amerika Syarikat.

Beliau berkongsi ilmu dan pengalaman dengan anak-anak muda dan usahawan lain sebagai amal jariah untuk dibawa ke sana nanti.

Arwah ibunya pernah berpesan, “Syukur dengan apa yang ada. Apabila berjaya, bantu orang lain pula. Buat amal untuk dibawa ke sana.”

Sekiranya ilmu yang dikongsi di SkorlahOnline ini memberi manfaat dan membawa pahala, beliau berdoa agar Allah swt mengalirkan juga pahala ini untuk arwah ibunya dan arwah satu-satunya saudara kandung yang beliau kasihi, Azmi, yang meninggal dunia kerana kanser.